Home > Uncategorized > Pergi Tak Kembali…

Pergi Tak Kembali…

Innalillah… terkejut membaca status FB rakan rakan hari ni.. ramai yg menulis Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke Rahmatullah.. baru 2 – 3 hari lepas tgk allahyarham bernasyid di rancangan nasi lemak kopi o..

Akak memang suka sangat suara beliau coz rasanya.. sedap sangat dengar dia bernasyid n mengaji.. subhanallah.. memang syahdu mendengarnya. Nampaknya hilang satu bintang dalam dunia nasyid kita.. hilang seorang pejuang yg berusaha membawa anak2 muda bagi mencintai Islam dan yang maha esa.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNYA yang beriman. Mengenang kembali bait-bait lagu Rabbani..

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya


Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s