Home > I,Myself n Me > Pemergian seorang rakan…

Pemergian seorang rakan…

September 13, 2009 Leave a comment Go to comments

Hari selasa last week.. Dapat satu sms dari Linda berbunyi lebih kurang

” zue akan operation petang ni, harapan untuk hidup lepas ini sangat tipis kerana kanser telah di tahap 4. Zue maafkan semua kesalahan anda dan mohon maaf atas segala kesalahan dia kepada anda. Doakan keselamatan beliau. Tolong sebarkan kepada yang mengenali”

Tanya Linda which hospital.. rupanya di HKL. Memandangkan jumaat ada exam.. aku cadang maybe sabtu aku pi la ke HKL tu. But sadly on saturday got another sms saying

“Nurzuraida abd manaf telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30. Jenazah akan dikebumikan selepas zohor. Jenazah akan dibawa ke (alamat di PJ)  Halalkan makan minum arwah selama pengenalannya dgn anda. Arwah juga minta maaf sekiranya ada salah dan silap sebelum ini. Sekiranya arwah ada berhutang dgn anda, sila maklumkan pada saya. Tlg sebarkan pada yg  mengenalinya.”

Tersentak rasanya kerana aku tak sempat menziarah dia masa dia masih ada. Aku sms rakan rakan lain n Suhaila call tanya nak pergi ziarah tak. Aku setuju n kitaorg kesana. Sampai di sana jenazah telah pun dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Aku melihat jasad rakanku yang kurus itu.. mukanya nampak tenang.. aku lihat bagaimana ibunya memandikan jenazah anaknya dengan sekali kala mengesat airmata.. kata suhaila “beruntung zue mak mandikan masa lahir dan masa pergi pun mak mandikan” .. mungkin benar.. tapi hati ini sayu mengenang sang ibu terpaksa memandikan lagi anak sendiri..

Barulah aku tahu, dia meninggal selepas ceaser anak ketiga. Dia dapat tahu ada kanser setelah batuk berdarah lebih kurang 2 bulan yang lalu. By the time tahu.. kanser dah teruk.. and what more she’s pregnant. Baby dalam 1.54kg masa dilahirkan,  sedih mengenang anak tu tak mengenal lansung ibunya.

Untuk yang tak mengenali dia, rakan ku Zue seorang yang ceria n cantik.. bak kata Linda bila tgk Rita Rudaini terbayang Zue.. yes dia tinggi, cantik, ramah dan giler2 skit. Rezeki dia meninggal di dalam bulan ramadhan, rezeki dia meninggal kerana melahirkan anak.. semoga rohmu dicucuri rahmat Zue. Seingat aku tiada salah silap antara kita but anyway aku tetap maafkan n halalkan segalanya.

Kepada Johan.. tabahlah menjaga ketiga-tiga puterimu itu.Sayangilah mereka kerana kini mereka tidak punya ibu lagi.. bergenang airmata bila terkenang.. anak-anak mu menangis mahukan ibu mereka, Dalam usia 5-6 tahun n 2-3 tahun itu mereka pasti tidak faham lagi erti kematian.. tetapi mereka menangis bila diberitahu mereka tidak akan berjumpa ibu lagi… tabah lah menghadapi dugaan ilahi ini..

Kepada semua rakan USM dan rakan-rakan matriks Mat jiwa.. maafkan salah silap arwah.. semoga rohnya aman di sana.

Kepada rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini . aku juga mohon maaf atas segala salah silap.. andai ada aku berhutang.. tolong maklumkan.. sesungguhnya ajal itu tidak mengenal usia..

Categories: I,Myself n Me
  1. September 13, 2009 at 9:05 pm

    Salam Anis. Zue tu coursemate Zaza. Dok ikuti jugak perkembangan dia kat FB grup kitaorang. Tak sangka betul dia akan pergi secepat ini.
    Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah.

    Terima kasih sebab buat entry ini… terasa seperti membaca luahan hati sendiri.

  2. September 13, 2009 at 9:29 pm

    tiada kata melainkan air mata terkenang kawan yg telah terlebih dulu meninggalkan kita.. semoga arwah zue berbahagia di alam sana.. Al-Fatihah..

  3. ct
    September 13, 2009 at 11:24 pm

    chaq…masa kamu citer anak2 arwah nangih tu…sedey sgt2…kesian kat depa….Al-fatihah utk arwah…..smuga roh nye dicucuri rahmat…amin…

  4. asniza aris
    September 14, 2009 at 2:27 pm

    salam anis..sedih aku baca entry ni..rupanya Zue pun baru tahu la ye dia ada cancer..Al-Fatihah unt arwah Zue…
    betul tu anis..ajal tak mengenal usia..

    kawan2 semua, kalau aku ada salah/dosa yg disedari atau tak..aku mintak maaf..

  5. ans78
    September 14, 2009 at 5:14 pm

    Zaza.. ye lupa pulak kata awak satu school dgn arwah dulu kan..

    Asma & Aza.. tak berubah lansung rupa arwah.. tapi lebih kurus dari dulu.. rambut masih panjang..anis tgk sampai habis dimandikan.. masa kapan tak sampai hati coz family dia n anak-anak ada disitu.. sedih..

    Anis tak nagis mulanya.. but masa baca yasin teringat gelagat dia masa kat dorm dulu n masa kita main netball dulu.. terus mengalir airmata.. tambaha lagi bila tgk anak-anak dia..

  6. September 15, 2009 at 11:22 pm

    assalamualaikum…

    saya tengah buat visitors tracking untuk blog bila saya turut ke google dan ia membawa saya ke link ini. Allahyarhamah merupakan kawan satu kelas semasa kami di sekolah menengah. 14 tahun tidak berjumpa, tau² hanya berita sedih disampaikan oleh seorang kawan yang lain. terkejut. and of course my heart goes to the kids.

    menghitung amalan, adakah kita bersedia? Al-Fatihah untuk yang tiada. moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, ameen

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s