Home > Movies > Movie Review: Santau

Movie Review: Santau

Semalam 12/12/2009 aku, hubby, Nan, anak sedara Juraidi (akak) n hubby dia pi la tgk citer Santau yang tiket nyer dibeli salah hari tu… Anyway.. secara keseluruhan aku rasa filem ni berjaya memaparkan realistiknya gangguan syaitan di bumi Allah s.w.t. ni.

Cerita mengisahkan bagaimana isteri Halim diganggu oleh Santau yang dihantar orang yang dengkikan kejayaan Halim. Gangguan santau termasuk racun dan jin.. sihir of course lah ada kan..

Anyway watak isteri Halim yang didokong oleh Putri Mardiana tu bagus.. pandai dia berlakon.. anak Halim ..hmm tak pandai sangat tapi takpe coz watak anak dia ni tak lah begitu penting pun. Tapi yang tak bestnya dalam citer ni is watak Halim tu sendiri. Pada aku kan.. walaupun seseorang tu tak percaya benda karut or tahyul.. tapi kalau dah isteri berkelakuan sangat pelik.. kita kena la juga bawak jumpa ustaz (not bomoh ok.. aku tak berapa suka benda bomoh ni kecuali yang menggunakan ayat Al – Quran tanpa jampi mentera).

Watak dia sebagai sorang yang baik dan bersolat dll, sure lah tahu bahawa dalam dunia ni.. selain manusia Allah ciptakan jin dan syaitan.. so bawak le jumpa ustaz.. ni tidak.. asyik la tak percaya n bak hubby I kata lah.. ade ke dalam keadaan macam tu pun dia boleh tinggal isteri dia sengsorang.. hmmm

Pengarah citer ni memang buat kajian yang baik dari segi cara melawan gangguan.. kalau dalam citer sebelum- sebelum ni.. baca Allahuakhbar pun dah berjaya halau hantu.. but kali ni.. pengarah tunjukkan bahawa benda ni boleh mengajuk kita membaca ayat Al – Quran.. tak semua ayat dapat menundukkan dia.

Walaupun start citer macam dah boleh agak sapa punya kerja.. but oklah.. taklah cliche sangat.. anyway.. kudos to pengarah Santau atas usaha baik yang telah dibuat. Kawan – kawan.. kalau nak tengok citer ni silakan..  tak pun tunggu je astro tayang next year…

Categories: Movies
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s