Home > Family > Nurul Anis Nabila..

Nurul Anis Nabila..

Pada 22 March 2010.. jam 3 pagi adinda ku siti fatimah ketuk pintu bilik. Aku baru je lelapkan mata jam 2.30 tu coz siapkan assignment and well hatiku berdebar coz apahal adik aku ketuk pintu pepagi buta ni.. bila buka pintu dia cakap “chaq, anis dah meninggal.. Fettley tipon timah bagitau anis dah meninggal”

My first reaction was.. ape yang ko main main ni.. budak tu elok sihat je.. baru last week kita jumpa dia kan.. then.. aku capai telefon n call nombor anis. Fet jawab call n dgn suara yang tgh menangis bagi tau aku “kak nana, Nurul Anis Nabila binti Umar dah tak de.. dia dah meninggal, kak nana tolong datang lah kat HKL ni.. kat sini takde sesapa.” Ya Allah.. tak terkata aku masa tu.. tetiba wajah adik aku yang manja tu terbayang di mata ku. Adikku itu baru berusia 22 tahun.. usia yang terlalu muda untuk pergi meninggalkan kami. Babay dia baru nak masuk 3 bulan..

Yes.. dia memang adik sepupuku.. tapi dalam ramai ramai sepupu.. anak anak maksu aku anggap dah macam adik sendiri mungkin sebab depa takde ayah n depa ni memang jenis manja pun. Aku kejutkan husband aku dan kami bertolak ke HKL. Aku masih tak percaya tapi bila sampai ke wad kecemasan.. aku tgk maksu tepi jenazah. Aku tahan diri dari menangis sebab I have to be strong for maksu. Maksu peluk aku menangis .. aku pujuk maksu n tgk jenazah.. Muka arwah tiada tanda kesakitan.. memang macam tidur.. aku rasa macam nak gerak.. anis bangun lah.. jangan buat mak sedih.. atiq macam mana.. bangunlah anis.. aku pegang dia.. badan dia panas lagi.. tapi dia tak bangun juga..

Jenazah dikebumikan di Kampar coz senang adik beradik nak ziarah nanti.. Fet pun org Perak so kami bawa balik jenazah.. sepanjang hari aku tahan diri dari menangis.. semua org pun tahan diri sebab semua tak nak maksu bertambah sedih. Tapi airmata kami semua tumpah juga bila jenazah dimandikan.. maksu sampai tak sanggup tengok.. sebabnya.. jenazah telah di post mortem oleh doktor dengan detail post mortem walaupun semua ahli keluarga mohon supaya tiada post mortem dijalankan. Selepas Asar jenazah selamat dikebumikan.

Nurul Anis Nabila yang ku kenali..

Seorang adik yang sangat manja.. kadang kadang dia selalu di marahi ahli keluarga yang lain kerana terlalu manja dengan ibunya. Dia tak salah kerana dia kehilangan ayah kesayangannya di kala dia mahu menyambut hari lahirnya yang kedua. Jadi dia dibesarkan oleh ibunya.. of course dia menjadi manja begitu.
Namun.. walaupun dia manja… dia bukan spoil brat. Dia rajin buat kerja rumah dan sangat menghormati orang tua. Aku ingat lagi.. masa dia lahir.. aku gembira coz namanya sama dengan namaku.. Anis dan pada masa dia lahir lagu Cinta Untuk Nabila memang menjadi siulan ketika itu.

Dia selalu bertengkar dengan adik dia Rohijah.. coz walaupun rohijjah adik.. tapi dia lebih manja dari adiknya. Masa anis kawin di usia yang belum mencecah 20 tahun.. ramai yang tak berapa setuju.. tapi rupanya itu ketentuan Ilahi.. Yang maha Esa mahu kau merasa menjadi isteri dan ibu dalam usia mu yang begitu singkat ini adik. Walaupun kau hanya sempat merasai pengalaman sebagai ibu hanya 3 bulan.

Kak Nana ingat lagi masa jumpa anis di majlis cukur jambul.. gembira sekali anis ketika itu. Gurauan kita dalam FB.. tah la anis.. sampai sekarang bila buka akaun FB air mata kak Na mengalir bila melihat profile picture anis. Fet selalu update di situ tapi maaf Fet.. Kak Na tak boleh nak baca coz air mata masih mengalir bila melihat gambar arwah.

Untuk Fetteley.. tabahlah menghadapi dugaan ini, jadilah ayah yang baik. Pelihara Atiq dengan sesempurna mungkin.. jangan sia-siakan anak itu. Sayangi dia macam mana ibunya menyayangi dia. Jaga Atiq sebagaimana maksu jaga arwah semasa dia kehilangan ayahnya. Terima kasih Fet kerana menyayangi dan sabar melayan karenah Anis hingga akhir hayatnya.

Untuk Maksu.. tabahlah.. Nana tak akan dapat faham bebanan yang ditanggung maksu tapi kalau ada bantuan yang diperlukan.. jangan segan menghubungi kami.. kami juga anak – anak maksu.

Kak Nana doakan semoga roh Anis ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Walaupun airmata ini masih tidak berhenti mengalir setiap kali terkenangkanmu tapi kak Na redha pemergianmu kerana kak Na tahu Allah lebih menyayangimu adik. Bersemadilah kau dengan aman di sana.

Categories: Family
  1. kakyang
    April 12, 2010 at 9:01 pm

    chaq…kenape kite nangeh lagi ni….btui…sampe ari ni asek igt kat arwah je….suara dia….gurauan dia…igt lagi ari knuri cukur jambul atiq tu….beberapa ari sblom dia pergi..dok ckp tipon ngan dia….ya Allah…..kalau kita pon tahan mcm ni…betapa kuatnya maksu dengan fet kena lalui sume ni…
    ~dah byk ari cuba tahan air mata ni…tp rini tewas jugak~

  2. April 16, 2010 at 9:27 am

    so soon, yet who are we to determine God’s act. I’m out of tears, probably because I was being cruel to her. Rejecting a sister who cried to see me, for her last time, for my last time.

    If God give us one more moment, I’ll be the first in the line, to tell her how sorry I am, how guilty i felt, how deep inside i love her, but being a fool i put walls around me.

    May she rest peacefully, may us all learn from my mistake.
    Alfatihah

  3. Nees
    July 1, 2010 at 2:45 pm

    sy pun terasa sedih bila terbaca artikel ni..sori sbb xde ikatan ape2 pn join gak bace blog ni..tujuan awal tu sy search anis nabila je..sbb ni pn nama sy..

    ape pun salam takziah untuk kalian..

    alfatihah..semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman..

  4. ans78
    July 9, 2010 at 1:04 am

    takpe.. sebab tu lah tulis dlm blog so that other people can read it.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s