Home > Family > Update March 2010

Update March 2010

Nampaknya blog ni update monthly je la ye.. bukanlah sibuk sangat tapi.. malas haha banyak sungguh peristiwa di bulan March yang lepas.

BERSUKAN

Setelah sekian lama tak bersukan tetiba dapat call from Lin utk main netball.

Lin : Anis ko ada kelas hari ni?

Aku : Tak nape?

Lin : Nis.. ko dtg petang ni kat stadium presint 14 main Netball. kita tak cukup player la.

Aku : Ko biar betul Lin.. dah dekat 7 tahun aku tak main netball ni.

Lin : Ala ko datang je la.. kul 5.30 ptg ni ye

Maka aku pun setuju la coz dah kata takde player n aku bukan nye rajin nak buat kerja sekolah pun. Pastu terfikir.. mampukah aku utk melompat lagi dengan pengembangan badan ku ini.. Then I called my hubby nak minta izin pi main petang tu.. dan yang lawaknya.. soalan pertama yang keluar dari mulut dia ialah “Boleh ke awak lompat lagi?”.

Then aku pi la main.. memang pancit yang amat sangat dan terbukti saya sudah tidak boleh melompat lagi hehe.. anyway I like the feeling of playing again.. so kalau ada yang nak training ajak lah saya boleh? ;p

Lepas tu iols join bermain bowling pulak.. satu insiden yang tak dapat dilupakan.. bila mamat kerani tu terjerit jerit marah kat org yang nak tukar nama player.. siap sound.. ni betul staff ke jangan tipu kami akan check nanti.. di sebabkan tak tahan tgk dia dok marah habis kat semua org yang nak tukar nama tu.. aku sound la.. adik yang awak marah marah ni kenapa.. org nak tukar nama just tukar je la bukan susah pun. Pastu dia jawab plak… kita dah bagi masa utk tukar nama kenapa nak tukar last minit pulak.. aku kata lagi.. dah nak buat macam mana orang tu tak boleh nak datang sebab ada hal keluarga.. just tukar je ini kan game sesama kita je bukan olimpik pun jangan la kalut.

Last – last aku tgk semua org pun main ikut suka hati je.. bengong betul mamat tu. Tapi masa majlis ambik hadiah isnin lepas aku tgk dia dapat no 5 kira “konon”nya terer la kot.. hmmm well iols dapat no 1 tak kecoh pun.. memang dasar third mentality sungguh. opssss

KEHILANGAN

Bulan March ni juga menyaksikan kehilangan besar dalam hidup mak su aku. Anak sulung dia Anis dijemput Ilahi pada 22 march lalu. Arwah tak sakit.. hanya tak lalu makan beberapa hari sebelum dan asyik muntah. Arwah baru sahaja melahirkan anak sulung beliau mohd fakhri atiqullah tak sampai 3 bulan yang lalu. Dalam entry sebelum ni dah ada tribute to her. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

BERCUTI

Then on the 26 my husband and I pergi bercuti di Kota Kinabalu. Percutian yang dirancang hampir setahun lepas.. kira second honeymoon lah.. Memang best percutian kat sana. 4 hari 3 malam kami di sana.. dapatlah ke Poring dan jalan jalan di pulau manukan, sapi, gaya and mamutik. Memang Sabah mempunyai hidupan laut yang sangat menarik.. Nanti iols story dalam entry akan datang ye.. Kiranya iols sambut birthday kat KK la tahun ni.. romantik gitu hehe

REVIEW AQIL

Then on 30 March.. ke HKL bawa anak sedara kesayangan iols utk review doktor kesekian kalinya. Actually this would be the last time we are going there coz kami dah decide nak minta surat rujukan & bawa dia ke HUKM or mana mana pakar lain. sebabnya dah dekat 3 tahun dok bawa dia ke HKL ni.. (dia review every 3 months) tapi doktor selalu kata dia takde apa – apa cuma tak cukup zat. Bayangkan.. dah budak tu masuk wad sebab tiap tiap malam dok muntah bila tidur & dia tidur berdengkur sejak lahir.. tapi doktor masih kata its ok. Kalau jadi kat anak korang nak biar je ke..

Anyway.. kisahnya.. bila jumpa doktor kali ni.. bonda iols bagitau kat doktor.. kami nak surat rujukan coz nak review di Ipoh dekat sikit and kami nak bawa dia jumpa pakar lain utk second opinion coz kami rasa opinion doktor HKL ni tak leh pakai.. (hehe part opinion takleh pakai tu iols yg saja tambah). Oleh yang sedemikian.. doktor tu pun check lah Aqil. Kali ni dia check la.. and dia pun kata kat bonda iols..

“Makcik.. memang budak ni tak cukup oksigen ni.. sebab tu pertumbuhan dia terjejas.. kalau tak cukup oksigen, kanak – kanak akan effect tumbesaran, terutama otak. Budak ni kira dah effect lah ni sebab tu dia kecil. Sepatutnya masa kat ENT hari tu pakar kena bagi dia ubat titis bagi paru paru dia kembang skit.”  Hmm kalau korang jadi family iols tak ke hangin mendengar statement iteww..

Aku tak marah la kat Dr tu coz.. at least dia check dengan teliti.. Selama dekat 3 tahun kami dok ulang alik ke HKL tu.. kami dah bagi tau Dr situ.. budak ni “snoring” yang sangat kuat.. pastu sejak akhir – akhir ni (dah 6 bulan) dia asyik muntah bila dia tidur malam.. macam lemas.Dah 2 kali Aqil di warded di HKL.. kira jumlah oksigen dia bila dia tidur.. First Dr kata memang tak cukup oksigen.. then after 2 weeks tetiba – tiba kata cukup pulak..

Iols pernah bawa Aqil ke An-Nur masa umur dia 1 tahun setengah and Dr kat sana kata dia ada tonsil tapi sebab dia kecil lagi dia takleh dibedah.. benda tonsil tu pun HKL tak leh kesan.. maka iols membuat deduction.. pakar kat HKL malas nak ambik kes baru.. diaorang nak kes yang dah sakit nak mati tu baru nak bagi rawatan.. takde konsep mencegah di fikiran Dr sana.

Anyway.. Dr kali ni Dr Nurul suggest belikan ubat mcm ubat asma tu utk kembangkan balik paru paru Aqil coz dia dah effect akibat tak cukup oksigen. Dia juga suggest Aqil join speech therapy. At least review kali ni mendatangkan hasil. Harapnya lepas ni taklah kami semua sedih tgk Aqil tidur snoring dengan kuat & muntah muntah coz lemas tak cukup oksigen. Iols juga bersyukur coz kalau tgk dari segi fikiran.. Aqil ni bijak.. coz dia faham semua arahan yg org bagi kat dia.. maknanya otak dia tak terjejas lagi lakot.. hanya tumbesaran badan je kecik.

Categories: Family
  1. asma
    May 11, 2010 at 2:56 pm

    salam anis, cuba ko contact arfa adura, dia kat HKL skrg… kot2 la dia bleh tolong apa2 yg patut utk kes anak buah ko tu..

  2. ans78
    May 15, 2010 at 12:05 am

    hmm takpe la asma.. dah tukar spital Ipoh dah.. pastu Dr kat hospital Ipoh dah buat check up yg lebih teliti & dah memberi jawapan yang kitaorg puas hati. sekarang ni dia continue review kat sana je..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s