Home > I,Myself n Me > FB status

FB status

Tetiba terpanggil untuk menulis tentang topik ni.. maklumlah sekarang iols sangat aktif ber FB dan selalulah baca status kawan kawan dan ahli keluarga.

Bagusnya FB ni.. kita boleh dapat update on our friends n family selalu. contohnya macam jika ada kematian kenduri dll. Lepas tu.. kalau ada bantuan yang diperlukan.. just write it in your status.. then insyallah ada je jawapan yg diperolehi.. macam nak tanya how to copy contact dr HP A ke HP B yang jumlah melebih 1000 lebih tu..

Semua tu kelebihan FB tapi.. bila lihat balik.. ramai dikalangan org Islam kita terlupa hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.  Telah menjadi hukumnya kita WAJIB pelihara keaiban sendiri dan bagi isteri adalah BERDOSA besar menceritakan keaiban suami kepada pihak lain.

Kita lupa semua tu kerana terlalu teruja nak berkongsi perasaan dalam status FB. Setakat iols baca ni.. kebanyakkan rakan rakan iols takdelah meceritakan samada secara direct or org boleh agak kpd siapa dia tujukan (suami or isterinya) perasaan tak puas hati or keaiban suami/isteri di FB. Tapi sayangnya masih ada juga rakan dan ahli keluarga yang berbuat begitu.

Iols pun rajin jugak update status.. tapi alhamdullilah setakat ni tak pernah la cerita dlmn rumah tangga or gaduh laki bini pun nak story kat org.. Syukur Allah masih menyanyi diri ini dan memelihara dari melakukan dosa ni. Tapi.. yang masih iols berdosa is letakkan gambar iols yg tak menutup aurat kat FB.. hmmm kena ambil tindakan segera nampaknya..

Maklumlah.. iols ni banyak dah buat dosa.. tak pasal pasal dgn FB ni pulak terleka sampai dapat dosa FREE. tak sanggup la pulak di hari akhirat diseksa hanya kerana perasaan marah iols kat incik suami yang bukannya salah besar pun tapi  iols pi letak kat status FB. Kawan kawan kalau selepas ni iols ada terletak status yg boleh mengaibkan iols or even my dear hubby.. pls tegur iols.. tak sanggup la nak tanggung dosa .. siksa hari kiamat tu…

Anyway.. ni ada petikan yang iols jumpa pasal DOSA yang kita tak sedar kita buat sedang leka berFB. ni di tulis oleh Ustaz Zaharuddin dlm blognya.. iols amik petikan menyentuh tentang status FB je k.

Kata Ustaz :

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

OLEH ITU.. MARILAH SESAMA KITA MEMELIHARA KEAIBAN DIRI KERANA IA JUGA ISU MARUAH DIRI. JANGAN KERANA PERASAAN (AMARAH, SEDIH DLL) YANG HANYA SEMENTARA ITU.. KITA TERPAKSA MENANGGUNG DOSA YANG TERLALU BESAR & DIPANDANG HINA DI SISI ALLAH .S.W.T.

Categories: I,Myself n Me
  1. October 8, 2010 at 11:56 am

    agreed. Tapi ai pun terlepas jugak tu kadang2.

  2. ans78
    October 11, 2010 at 6:26 pm

    sama lah kita.. selalu terlepas.. tapi status FB ni memang sensitif.. sampai ada yg mati kena pukul dll la pulak hanya kerana FB ni..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s