Home > Family > Ziarah & Umrah part 3.1

Ziarah & Umrah part 3.1

hahaha.. tetiba ada part 3.1 plak.. ekceli part ni nak story pasal ziarah masa di madinah & mekah..  ok seperti ingat ingat lupa plak..

di Madinah… ada sesi ziarah ke masjid Quba, jabal uhud, ladang kurma, lalu di masjid qiblataein & masjid 7 (yang sekarang tinggal 2 je). Ok Masjid Quba is masjid pertama yg dibina oleh rasullullah s.a.w. semasa baginda pindah ke madinah.

masjid qiblataein.. “masjid 2 kiblat” ni peristiwa masa solat zohor, rasul sedang imamkan solat then turun wahyu perintahkan kiblat umat islam dipindahkan dari baitulmuqaddis (masjid al-aqsa) ke kaabah (baitullah) sekarang. Jadi di rakaat ketiga diriwayat rasul berpaling mengadap ke arah baitullah.. so dlm rakaat 1&2 rasul di depan.. then after that rasul solat ngadap ke makmum la.. itu riwayatnya..

Jabal uhud.. well kisah kemenangan then kekalahan teruk umat islam dalam peperangan dgn kafir quraish. pak cik rasullullah , saidina Hamzah meninggal dlm peperangan ni & hendon (yg gilos nak balas dendam coz saidina hamzah bunuh bapak dia dlm perang sebelum tu) upah org utk target saidina hamzah pastu bila dia dah meninggal hendon belah dada n makan jantung & hati dia mentah2.

Dulu maqam para syahid uhud ni dah hilang (depa agak2 je area maqam tu) then kuasa Allah nak pelihara umatNYA yg beriman.. masa banjir besar (kalau tak salah tahun 1950an) bila surut org jumpa jenazah yg masih elok lagi.. jadi sekarang depa dapat kenalpasti area sebenar maqam.. so depa dapatlah bina sempadan utk pelihara kawasan tu. jabal uhud pun dah nak rata dah sekarang ni sebab kerajaan Arab Saudi ni takde nilai estetika..

OK pastu masa di Mekah.. ada 2 kali sesi ziarah.. first time tu pi area Mina, Arafah, then second time pi Hudaibiyah & ladang unta. Kat Mina sekarang ada tren (mcm start lrt tu tapi kaler hijau), menurut drebar bas (ekceli drebar ni lebih byk info dr ustaz mutawif tu sebab drebar tu dah lama keja n ustaz tu baru 6 bln je ;p) tren tu arkiteknya org Malaysia.. wah bangga iols kejap.

pastu kat arafah ada satu masjid (nama apa lupa nak tanya plak) anyway masjid tu sangatlah besar & hanya dibuka 1 kali setahun shj.. waktu org wukuf kiranya musim haji la.. selain pada tu masjid tu ditutup. wah kalu kat Malaysia ni masjid dikunci.. haruslah jadi isu politik kan.. memang la kawasan tu takde org pun sebab jauh pada kawasan berpenduduk maybe lebih jimat buat mcm tu.

aku tgk khemah2 putih tempat wukuf & jarak perjalanan ke tempat melontar.. kata drebar.. jemaah Malaysia/Indonesia selalunya ditempatkan disebelah sana bukit.. nak pi melontar kena lalu terowong (tahun bila tah ramai jemaah mati lemas kat terowong ni sebab masa tu arkitek tak bijak tak bubuh kipas dlm terowong tu) sekarang ni dah ada kipas dah.. tapi sangatlah jauhnya depa nak jalan. Mama iols kata memang panas & agak jauh la.. terfikir di hati iols.. sekarang pun dah panas.. mcm mana la iols nak buat haji… pastu mama kata.. masa musim haji ramai org jadi tak terasa jauh perjalanan & walaupun panas gilos.. tapi insyallah ok je..

pastu ziarah kedua pi ladang unta, muzium & Hudaibiyah… masa ziarah kedua ni.. 3 ke 4 hari sebelum balik.. jadi semua org pun dah tak berapa nak larat.. tapi sebabkan ni kali pertama iols ke sini.. maka ikut jugaklah ziarah ni. Cuaca punya la panas.. (towards the end of out trip memang dah semakin panas) so masa pi ladang unta ni turun kejap ja.. kat ladang ni bukan ada apa pun.. dia tepi jln je n singgah untuk beli & minum susu unta segar. Iols tak beli & tak minum pun.. bukan tak nak cuba tapi tak leh la.. susu lembu pun iols tak minum kan.. anyway sian kat anak2 unta ni.. disebabkan tuannya nak jual susu.. maka kantung susu ibu unta ni dibungkus/balut .. pastu anak2 unta ni dok la jilat2 kat kantung tu nak minum susu.. sedih tau iols tgk.

Muzium depa takde apa pun.. ada gambaq je.. aku pun tak paham apasal la depa ni tak kreatif lansung.. mai belajaq kat malaysia ni.. tu la disebabkan sibuk jaga bida’ah sampai semua tinggalan sejarah dimusnahkan.. sudahnya apa pun tadak.. iols dok terpikir kalau kerajaan arab saudi tak jaga tinggalan sejarah ni.. by the time iols or anak2 iols pi mekah buat haji.. apa pun tak tinggal kecuali kaabah je.. huhuhu

Hudaibiyah plak tempat perjanjian kemenangan umat islam.. some people would disagree sebab perjanjian tu sebabkan rombongan rasul & para sahabat nak buat haji di tunda ke tahun depan.. tapi yg tersirat is.. org quraish dah mengakui madinah sebagai negara islam, kekuatan org islam & best of all tiada pertumpahan darah yg berlaku. And the next year mekah di tawan kerana org quraish mungkari perjanjian ni.. Mekah ditawan pun tanpa pertumpahan darah.. kat Hudaibiyah masih ada tinggalan dinding bgn yg katanya tempat perjanjian tu dilakukan (or maybe masjid kot) itu je la yg tinggal pun.

Hmm itulah secara ringkasnya perjalanan ziarah & umrah iols dari 24 April – 8 Mei 2011 ke Yemen-Madinah-Mekah. Pengalaman yg sangat berharga & memberi banyak pengajaran.. Semoga dimurahkan rezeki untuk iols kembali ke sana.

Categories: Family
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s