Home > Family, I,Myself n Me > Sinar Pagi : Perjalanan paling jauh & paling lama yg pernah anda tempuh

Sinar Pagi : Perjalanan paling jauh & paling lama yg pernah anda tempuh

Ni topik sinar on 29 oktober 2012. Masa org dok share cerita diorang.. iols teringat perjalanan keluarga iols yang tak dapat dilupakan dan menjadi sebutan semua setiap kali kami menuju ke selatan tanah air🙂. Kisahnya..

Tak berapa nak ingat tahun berapa tapi rasanya in 1997 sebab iols masa tu tgh matriks kat USM. Kakak sepupu iols akan melanjutkan pelajaran ke UTM (buat master ke PhD tah.. rasanya PhD). Wiols ni memang lah dua keluarga yg sangat rapat (bonda kitaorg adik beradik) so pakat ramai ramai nak pi menghantar ke Johor sinun. Ala mcm zaman dolu2 nak masuk unibersiti sekampung hantar.. wakaka..

NOOO akceli idak le mcm tu, saja je nak cari alasan berjalan ke selatan tanahair sebab kitaorg tak penah pi sana lagi.. jadi bertolak lah satu pajero &  satu wira dari Kedah, then satu nissan dari perak (ni keta ayahanda iols la). sampai KL singgah umah aunty iols kat ampang tidoq satu malam… pastu kena paksa ngan aunty iols singgah melaka sebab dah otw.. dah kata sesi jln2 keluarga kan (opps aunty iols ni kakak sulung, bonda sepupu iols ni kakak kedua & bonda iols adik bongsu) so ke melaka tambah satu BMW. Tidoq la sehari kat melaka.. apartment apatah then isoknya bertolaklah 3 kereta asal ni ke johor, petang jugak keluar dari melaka sebab sesi jln2 di melaka lagi..🙂

Antara 3 keta tu, wira je keta baru kepunyaan sepupu iols tu, hat len keta lama & nissan ayah iols tu baru amik dr bengkel cat satu body baru. Otw tu, tetiba keta nissan mati enjin.. tgh jln elok2 ni tetiba bermasalah, so berenti tepi tipon la plusline (guna tipon tepi jln tu), masa berenti tu, keta pajero n wira nampak n janji nak juma kat hentian terdekat. Plusline pun datang tarik keta nissan pi hentian pagoh kalau tak salahnya. pastu sementara org plus ti cuba baiki keta nissan.. kitaorg ni lepak la kat hentian pagoh.. pastu tunggu punya tunggu dok heran.. nape keta pajero n wira takde kat pagoh ni? siap kecik2 hati kononnya depa tinggai kitaorg ni sebab lambat. maklumla.. zaman tu kitaorg mana ada handphone lagi tak mampu lagi masa tu.

tetiba dah dekat 20 minit.. nampak satu lagi keta plusronda masuk hentian pagoh sedang menarik pajero pak cik iols.. wakaka.. rupanya bukan depa tinggai tapi keta depa pun rosak. pastu pak cik plus tu tolong baiki.. boleh la jugak kedua2 keta jln.. tapi itu pun dok lawan tarik.. dan last sekali sampailah ke Yong Peng. gelap dah masa ni.. so kitaorg decide jomlah kita keluar dari lebuhraya ni pastu hantar kereta baiki kat bengkel.. sebab nanti nak balik payah plak..

Bagus pak cik Plus tu.. siap tolong panggil org bengkel dari Yong peng and deal harga murah je dapat.. pastu kitaorg cari motel kat yong peng. dapatlah satu motel cina ni.. nasib baik bilik dia baru beli perabot so oklah conditionnya.. bayangkan.. 3 biji kereta yang penuh dgn org dewasa & remaja ni.. sumbat dlm 2 bilik (jimat kos kan iols ni bukan org senang pun).. haha.. tidur lah bersimpit2 tu.. esok pagi tu keluar motel tgk depan motel yg satu lagi yg kitaorg tak jadi tidur ada sebiji lori bawak khinzir penuh selori.. haha nasib bek tak paking belakng lori tu semalam.. anyway both car dapat dibaiki… pajero tukar bateri, nissan plak sebab ada satu benda yg longgar (apatah iols tak tau). maka kami pun meneruskan perjalanan ke UTM. sampai tghari kat sana terus hantar sepupu iols ni ke rumah pak cik dia (side father) then kitaorg terus bertolak balik ke utara lepas lunch. sebab isnin semua org dah start keja. Niat yang kononnya nak berjalan2 di Johor tu terus terbatal sebab takde masa dah.

bayangkan.. perjalanan dari Melaka ke Johor (Skudai je pun) amik masa lebih 24 jam.. sangatlah lamanya.. anyway its doesn’t stop there. Iols plak ada lab kimia on monday (kat penang ok) so kena rush back to penang sebab kelas ponteng takpe.. tapi lab takleh ponteng. sampai perak dah kul 1-2 pagi masa tu. nak terus ke kedah dah tak larat. pak cik iols kata, kita tidur kampar dulu then esok pagi, lepas subuh kita bertolak balik utara. pagi tu kul 5 pagi kitaorg dah gerak from perak. Iols bawak keta sendiri, pak cik iols bawa keta len, kitaorg berpecah kat bandar baru sebab depa dah sampai destinasi, iols kena balik penang. mengejar lab kul 10 pagi, nak balik bilik amik lab coat lg.. nasib baiklah sempat sampai kampus dlm kul 9 pastu singgah bilik amik brg2 then terus ke lab.

tapi memang lawaklah perjalanan tu.. sampai sekarang.. bonda iols cukup trauma dengar nama yong peng.. asal lepas melaka je dia dah debar2 pastu bila lalu yong peng mesti dia nak tergelak sebab ingat pengalaman kitaorg masa tu. Apa pun.. itulah antara perjalanan yang paling lama & memberi memori yang menarik utk iols & family.🙂

Categories: Family, I,Myself n Me Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s