Home > Uncategorized > Hyperemesis Gravidarum punya pasal

Hyperemesis Gravidarum punya pasal

Last entry kata taknak masuk hospitalkan… Tapi mlm 28 april… Diri ini muntah sampai keluar darah… Maka incik suami terchenta dan makcik terchenta kata… SIAP kita pi spital mlm ni juga.. Oleh kerana aku pun dah lembik giler dan terkujat dgn darah yg keluar..maka setuju je lah..

Sampai ER aunty minta segerakan masuk treatment… So terus depa masuk kat ER n masukkan air sebotol… Check ECG dll tapi alhamdulillah sebab kali ni tak payah masuk elektrolit (last time masuk elektrolit sebab kurang potassium) sakit oooo masuk elektrolit tu..

Dr confirm suh masuk wad tapi nasib baik di masukkan wad 2B, kiranya kat spital la. Bukan kat P8 tu.. Day 1 masuk katil 26 satu bilik kongsi 4 org… Tak selesa sangat sebab org lain boleh makan.. Aku ni bau makanan pun muntah.. Sian kat diri sendiri dan juga roomate. Dah kalu asyik dengar aku muntah sehrai dekat 25 kali sure kembang tekak gak kan.. Walaupun muntah air je..

Then day 3 incik suami minta kalau ada bilik sorang nak transfer.. Syukur Allah memudahkan urusan.. Malam tu dapat bilik sorang katil 28 plak…. Yang lecehnya.. Dok sorang.. Tapi button nak panggil nurse rosak… Korang bayangkan iols yg nak bangun pun tak larat terpaksa tunggu sampai ada nurse yg lalu kot tgk masa iols melambai😦

Kes masuk wad ni.. Start dgn muntah yg sangat sangat teruk end up Dr jumpa mcm2 masalah lain… Ayooo siksa uols.. Aku masuk wad sebulan ok.. Diulangi SEBULAN… Itu pun masalah tak selesai tapi sebabkan muntah dah stop maka Dr kata balik lah rumah.. Dengan pesanan : KALAU KEADAAN PUAN TERUK BALIK DATANG SEGERA YE!!

Dr kata, hati macam ada abses (betui dak eja ni) kira bahasa kita ni.. Hari tu ada nanah sebesa 3 x3 cm.. Jadi itu mungkin menjadi punca muntah tanpa henti itu.. The thing is.. Aku tidak lansung menunjukkan simptom sakit hati….

Sakit hati kat benda2 tu lain la kan… Pastu yg paling serius.. Platlet drop sangat rendah.. Kalau normal person platlet count ialah lebih 150. Masa aku mula masuk platlet 80 then suddenly dlm minggu ke3 tu drop sehingga 15 uols..

Dr kata mungkin aku ada masalah autoimun.. ITP.. Kiranya antiodi menyerang darah sendiri.. Erkkk speechless sebab korang pun tau la.. Kalau dah platlet rendah.. Nak deliver nanti risikonya sangat tinggi.

Setelah di discaj dari wad.. Apa lagi… Appoitment jumpa pakar bersusun uols… Dengan pakar O&G, Surgical, Medikal, Hematologi,Radiologi…. Ayooo tu baru dgn pakar.. Belum yg check up biasa ni.. Huhuhu. Ni kalu iols kerja jawabnya selang 2 hari dpt MC sebab dok mengulang hospital je..

Latest new… Baby alhamdulillah ok.. Bondanya masih tak ok tapi syukur sekarang muntah sekali sehari je tak le mcm dulu. Tapi bab sakit2 tu.. Kata – kata opah ( mak bonda iols) menyebabkan iols terdiam dan teruskan doa kepadaNYA.

Kata bonda ” Kamu doa je dengan Allah, kalau ikut sakit kamu ni, memang teruk cuma kamu tuhan jaga bagi tak (derita) sakit. Jangan lupakanNYA sebab DIA je boleh tolong”

Maka doa je lah yang tinggal… Dan kepada yang membaca.. Mohon doakan kesihatan saya dan baby ok. Thanks. Next post nak upload gambar2 di wad🙂

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s