Home > I,Myself n Me > Kepatuhan

Kepatuhan

Kandungan iols mencecah minggu ke 17 minggu ni. Alhamdulillah setelah berada di wad dari minggu ke 5 iols semakin pulih..

Tapi dalam minggu ni dah dua hari berturut2 asyik muntah di pagi hari… Padahal makan pagi taklah lambat pastu masa makan semua ok je lansung tak loya.. Tapi after sejam makan tetiba rasa loya dan.. Bluekkkkk habis semua keluar balik huhuhu..

Sebenarnya iols rasa semua ni sebab minuman.. Hmm semalam iols minum teh o, hari ni kopi o.. Nampaknya my dear baby memang reject air2 ni… Setakat ni air yg boleh diminum sangat terhad.. Milo je yg bleh masuk.. Itu pun milo tin.. Milo bancuh sendiri tak jalan jugak.. Aigoo anakanda.. Ibumu ini amik cuti tanpa gaji ni… Jenuh la nak beli air tin milo yg mahai tu byk2.

Hmm kisah kepatuhan utk entri kali ni ialah kisah, incik suami tak bagi iols kemana2 sampai bersalin… Incik suami kata.. tak leh balik kampar sebab lama dalam kereta (2-3 jam je pun) tapi dia kata tak leh jugak. Pastu incik suami kata lagi… Raya pun tak yah balik kampung… Iols pun tanya lagi..” dah tu adnan kawin nanti takleh balik jugak ke?” dan kata incik suami “yup, takleh”.

Erkk iols agak speechless.. Sebab incik suami takmo bagi iols kemana2 pun. Bonda n mak mertua dua dua komplen kata.. Ala kalau dah masuk 5 bulan ok dah.. But incik suami jawab ” awak tak sama mcm org lain, jgn samakan diri awak dgn org lain.”

Hmm setelah berminggu terlantar di wad dan dengan segala masalah yg Dr jumpa… Iols pun setuju je dgn keputusan incik suami. This baby is too precious to us. Apa salahnya berkorban skit dari menyesal dikemudian hari kan… Cuma hmm apa kata tahun ni semua org raya kat Putrajaya hahaha… Jalan pun sure tak jem sebab lawan arus. Lagipun bajet kurang tahun ni utk raya sebab cuti tanpa gaji so kalau raya kat sini tak yah kuar duit byk sgt wakakaaa…

Part Adnan kawin.. Hmm maybe masa tu incik suami dah bg jln kot sebab dah masuk bulan ke 7 kot… Kalau tak bg gak tatau la nak wat camne.. Saya yg menurut cakap je lah kot..

Categories: I,Myself n Me
  1. June 14, 2013 at 1:04 am

    Aiolls ok je raya kat putrajaya…hak hak hak….org lain yg x ok…sb depa ada kg…lagi sekali hak hak hak…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s