Home > I,Myself n Me > Izinkanku menangis untuk hari ini

Izinkanku menangis untuk hari ini

Wah tajuk entri… Kisahnya..

Pagi tadi adalah sesi review dengan pakar Surgical, rujuk entri sebelum ni, radiology jumpa another ketumbuhan kecil kat hati kan.. So hari ni surgical akan bagi managementnya..

Setelah berjam-jam tunggu giliran maka masuklah ke bilik Dr Nor Hisham, pakar bedah hosp Putrajaya… Dia baca sejarah perubatan aku kat komputer…

Then bermulalah dialog yg lebih kurang begini :

Dr : you memang takde rasa sakit ye kat hati tu? Demam teruk ke.. Any other symptom?

Aku : xde Dr. Hari tu yg detact ni pun sebab saya masuk wad muntah2 teruk then platlet saya drop sampai 16. Sebab tu depa scan hati.. Tetiba nampak mcm nanah ni..

Dr : sebelum ni berat badan ada jatuh mendadak tak?

Aku : xdelah Dr., saya sihat je sebelum ni, cuma masa masuk wad hari tu dlm 10kg saya hilang berat badan sebab 4-5 minggu xmakan n minum

Dr : hmmm byk jugak hilang berat tu.. Tak sepatutnya sebanyak itu walaupun xmakan.. (then dgn muka masih musykil dia panggil Dr pompuan)
Rupanya suh check breast, kot ada lump… Lepas check semua ok

Dr: kita tak pasti apa masalahnya tapi mungkin kanser ni bukan berpunca dari hati, sebab tu you tak sakit. Di malaysia ni, kalu wanita selalunya punca dari breast atau usus..
( DAN MATAKU BERGENANG … KENAPA DR SEBUT KANSER? KAN TAK PASTI LAGI)

Dr : Kalau dia kecil, memang you tak sakit, tapi kat hati ada ketumbuhan baru dan yg lama masih ada. Kita boleh buat scope utk tgk usus, kalau scope dr bawah kena bg ubat tidur dan pelali..

Aku: Dr., saya mengandung dan taknak buat perkara2 yg boleh effect baby.. Disebabkan saya tak sakit, tak boleh ke kita tunggu sampai Nov je.. Lepas deliver?

Dr: saya faham, ini precious pregnancy, terpulang pada you, cuma sebagai Dr, kita akan assume worst case scenario.. So janganlah susah hati sgt. Kita nak kaji juga kenapa you jadi mcm ni..
Takpe, saya akan call you nanti sebab saya cuba dapatkan pendapat dari pakar hati tapi dia tak jawab call saya. Lepas saya discuss nanti saya call awak semula. Ataupun ambil no saya, andai kata saya tak call hingga Jumaat, you call me back to remind me.

Aku: ok, thanks Dr.

Dan aku pun berlalu keluar dari bilik Dr. Perasaan masa tu.. Bercampur gaul.. Takut, terkejut, terkesima… Kanser??? Ok maybe its just a worst case scenario… Tapi still…

Petang tadi.. Dapat call dari hospital,

Hosp : Puan, saya Dr izzat, kita dah jadualkan MRI puan pada 17/7 ni di Hospital Selayang

Aku: Huh? MRI? Bila masa plak saya kena buat MRI ni? Saya mengandung.. Tak effect baby ke?

Hosp: owh, saya call on behalf Dr Nor Hisham, dia dah bincang dgn pakar hati dan advice nyer suh buat MRI, jadi kita dah jadualkan.. Jangan risau puan, MRI xde kesan pada baby

€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€€

call bonda di kg… Aku tak tahu apa nak buat..

Nak teruskan dgn MRI atau tidak.. Dr bagi pilihan… Cuma persoalannya.. Andai benar penyakit itu ada padaku… Dlm masa 4-5 bulan ni.. Adakah ianya akan menjadi teruk (read hingga cecah stage 4) atau just teruk skit je… Kalau sikit.. Then maybe I should just let it be..

Jadi… Biarlah saya menangis bagi mengurangkan kerisauan dan ketakutan ini.. Walaupun ianya belum pasti.. Esok Insyaallah saya akan bangkit kembali dan menempuh segalanya dengan kekuatan dan pasrah dihati.

Categories: I,Myself n Me
  1. spd
    June 26, 2013 at 10:39 pm

    chaq..bertabahlah….semua nya dtg dgn izin Allah….moga chaq bersabar dan terus berdoa…..

  2. Effi
    June 27, 2013 at 11:35 am

    tersentak jap effi pagi ni baca blog anis. Effi doakan yang terbaik untuk anis.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s