Archive

Archive for July, 2013

Monthly checkup

July 16, 2013 2 comments

Tadi pi monthly checkup kat persint 11. Alhamdulillah.. Heartbeat baby bagus.. Gerak2 pun ok… Maknya… Gula semua ok.. Seperti biasa platlet dan hb memang rendah lah..

Staff nurse tanya ” hb puan ni rendah la.. Puan puasa ke?”
Huhuhu… Saya pun menjawab dengan pantas… “tak..saya tak puasa pun” erkk pastu mcm malu plak kat nurse hehe

Pastu nurse kata ” xpe takyah puasa kalau dah tak larat, lgpun reading puan rendahlah”.

Anyway.. Yang penting gula tak tinggi so takle kena minum air gula or check selalu.. Minggu 28 nanti kena minum air gula lagi…

Cuma satu kemusykilan iols…. Nape next appointment adalah 2 minggu lagi… Bukan kalau kandungan 7 bln ke atas je ke org jumpa dua minggu skali?

Kandungan iols baru 5 bln setengah…

Categories: I,Myself n Me

Stress yg tak perlu

July 15, 2013 Leave a comment

Entri kali ni lebih berbentuk luahan hati perasaan… Ni semua gara2 mencari maid nak jaga Farhan n Yaya dan bbrp isu kecil yg lain…

Punyalah banyak isu sampai diri ini yg nak relax pun jadi tak relax…

Wahai adik- adik (termasuk adik ipaq n bakal adik ipaq), andai kata la kakak korang ni tak ada.. Mcmmanalah korang ye??

Jujurnya… Korang ni LANSUNG tak reti pengurusan wang dan pikiran suka melangit sampai kengkadang chaq rasa korang ni tak berpijak dibumi nyata.

1. Apalah salahnya kalau nak berbelanja tu, sekadar yang mampu.
– nak beli mcm2 boleh, tapi simpan duit sendiri
– sebelum nak belanja.. Hutang WAJIB perlu bayar dulu.. Idak le asyik dpt call dr pemiutang
– silalah beli barang ikut yang mampu.. Lagi satu
– boleh tak kat kepala jangan masukkan elemen.. Kalu tak cukup duit bleh pinjam kat chaq or mama.. Masing2 dah besar, takde ke rasa malu menyusahkan mak lagi??

2. Bila nak plan sesuatu.. Research la sendiri.. Internetkan ada.. Korang ingat chaq ni dapat mana maklumat… Idakle pandai benor kakak kome ni.. Cari kot internet jugak. Kalau pasal hiburan, shopping pandai plak kome mencari dlm internet

3. Cuba berdikari sendiri skit.. Jangan bagi alasan tak biasa buatlah, tak tahulah.. AGAIN.. Kakak kome ni pun tak biasa buat jugak..tak tahu jugak..tapi tak plak suh org buatkan..cuba jugak sendiri.

4. Berpijak le dibumi nyata walaupun angan2 n cita2 setinggi langit.
– korang selalu kata chaq kedekut..berkira..
– memang le.. Sebab chaq rasa hidup susah dulu.. Ingat bila nak sesuatu kena simpan duit sendiri, sebab tu bila beli kereta contohnya.. Chaq beli myvi je.. Sebab murah, jimat minyak dan selesa.. Bukan tak mampu beli model lebih bagus.. Cuma benda tu TAK PERLU. Yang penting, ada kereta dan kereta tu jimat minyak dan senang sparepart.
– boleh nak berangan ada brg hebat/mewah tapi fikir dulu… Betul ke aku perlu benda ni?
– boleh nak buka bisnes atau kerja mcm2.. Tapi soal dulu.. MAMPU ke aku dari segi nak handle, risiko dsbgnya.

Chaq tahu.. Mesti korang terasa n nak kecik2 hati bila baca entri ni. Tapi ni luahan hati chaq.. Kengkadang chaq rasa penat bila TERPAKSA pikirkan untuk korang, semata2 nak bantu korang.. Tak tolong, kesian kat adik2.. Pastu dok dapat ayat2 hint dari mak ayah lagi.. Semua ni stress yang tak perlu untuk chaq.

TOLONGLAH BUCKLE UP SKIT… Dengan segala masalah perubatan yang chaq ada skrg ni.. Andai kata umur tak panjang.. Korang nak buat mcmmana? Terpaksa berdikari jugakkan.. So please, cubalah berubah…

Selama ni memang ikhlas membantu, cuma I have my own problem now and you guys are not really helping.

Janganlah plak lepas ni pakat2 lari tak dari chaq. Benda yg chaq boleh bantu n nak bantu chaq akan terus buat.. Tapi benda yg chaq diam tak cakap apa or cakap urus sendiri.. Pls buat sendiri.

Ok habis dah sesi luahan hati kat adik beradik..

Categories: I,Myself n Me

I’m like the daughter in law in the movie

July 11, 2013 Leave a comment

Have you seen “what to expect when you are expecting” ?

Tertgk preview citer ni kat astro.. Then cari cerita ni tgk… Dlm citer ni kisah tentang pregnancy… Ada yg senang, ada yg susah, ada yg tak boleh dan sebagainya…

The thing is… I related myself to the daughter in law… Setakat ni pengalaman saya mengandung is sama (or might be worse given the time in ward and all the medical issue) seperti the daughter in law.

1. Tired ALL the time
2. The quote yg paling disukai ” honey I feel like punching you but I love you too much to do it” – I feel that
3. Panas sepanjang masa..
4. No bladder control
5. Tak de selera nak makan walaupun lapar so makan je tanpa rasa nikmat kenyang dan puas 😦

Cuma harapan saya.. Biarlah saya bersalin semudah the mother in law sebab dgn isu medical yg ada… I could not be operate and.. Not too sure I have the energy if its take too long…

Apa pun.. Itu kisah 4-5 bln lg.. For the time being.. Mari kita tempuhi ramadhan ini dengan sebaik mungkin.. Cuba jgn tinggai puasa banyak sgt ok 🙂

Categories: I,Myself n Me

Result hematologist

July 5, 2013 Leave a comment

Owh rupanya tak buat entri palal review hematologist lagi…

Surgical dah tangguhkan hingga after deliver.. So pi appt dgn pakar darah plak kat hosp ampang pada 3/7 ritu.

Seperti biasa klinik hemato punya la ramai patients.. So bertabah jelah ye.. Setelah beberapa jam dapatlah jumpa Dr Jay.

Tgk result darah (prosedur klinik memang amik darah b4 jumpa Dr, cekap lab darah hosp ampang ni). Ok sambung, lepas tgk result Dr Jay kata, readings still low from normal people.. Tapi agak oklah.

Platlet 95, hb 10.1 – for me.. Its like WOW! Dah lama platlet tak cecah 70 pun, kiranya improvementlah..

Hasil blood test yg bermcm2 dulu tu pun seems normal.. So kata Dr Jay, ada 2 probbability, sama da chronic ITP or.. Hmm apa tah gastro something… But yg kedua tu a bit unlikely sebab selalunya terjadi pada org mengandung di second trimester..

So maknanya skrg iols ada ITP lah.. Cuma tak dpt nak determine 100% lg.. Hmm takpelah.. Syukur sebab bacaan tu dah meningkat. Dr kata tak perlu stereoid treatment just continue makan iron tablet dan dekat2 delivery nanti kena monitor selalu utk tgk cukup tak reading darah kalau nak bersalin.

Kalau tak cukup then kena makan stereoid utk boost platlet… Syukur pada ALLAH dan terima kasih kepada yg mendoakan… Sekarang kena cukup makan dan concentrate pada baby je sebab mak baby dah forgo any treatment n dlm sesi monitoring shj 🙂

Categories: I,Myself n Me

Tangguh lepas deliver

July 2, 2013 1 comment

Ok.. Tadi dah call Dr hisham… Confirm nak tangguh treatment/monitor hati lepas deliver.
Incik suami tak kasi buat MRI sebab bimbang baby terjejas dan dia yakin.. Semua yg berlaku ni adalah kerana iols mengandung bukan sebab lain

Sebagai isteri, iols ikut keputusan suami selagi… Iols pun harap its not penyakit yg merbahaya tu.. Harap ia sebab pregnancy jugak…

Dr hisham kata, after deliver, call dia semula then walk in je ke hospital putrajaya.. Tak payah schedulu appt sekarang.. Ok thanks Dr kerana memahami…

Kepada yg membaca entri ni…. Doakan semoga semua ok ye.. Iols risau gak andai apa yg Dr takutkan tu benar..tapi demi zuriat sendiri… Ku tempuhi juga….

Categories: Hubby n Me