Archive

Archive for the ‘Family’ Category

My lovely princess Lea

March 3, 2014 Leave a comment

Its been almost 4 months that I safely delivered my lovely princess. Alhamdulillah berkat doa semua orang, segalanya berjalan dengan lancar. Lets recap kisah delivery Lea…

Last entry Ummi doa semoga Lea lahir cepatkan..

4th November 2013

Appoitment ummi di klinik hematologi & O&G hosp Ampang. as usual ke hemato dulu sebab situ kena puasa.. pergi ke hosp dgn incik suami coz iols dah tak larat nak bawak keta so request incik suami cuti je la utk bawa iols, pastu aunty pun datang jugak sendiri, terima kasih tok aunty sebab risaukan iols ni :). Reading platlet at hemato is at 80.. hemato kata boleh je kalau nak operate they will prepare platlet kalau diperlukan utk transfusion masa operate. So iols dah mcm gumbira je sebab boleh la operate .. then Dr Hemato kata lagi.. tanya dgn Dr Anesthetic boleh tak nak proceed dgn operation. hehehe.. iols dah suka je sebab memang diri sendiri dah decide nak operate instead of bersalin normal.

next ke O&G plak.. strandard procedure tekanan darah, urine etc.. memang BP asyik tinggi je.. 3 kali amik still tinggi so iols decide pi makan dulu then amik lagi.. kali ke 4 amik ok dah bacaannya.. then masuk jumpa Dr.. Dr tanya “puan nak operate tak?”.. heh opcoz la iols jawab “nak”.. then Dr bagi penerangan panjang lebar tentang risiko operate & bersalin normal ni. Yang iols paham ialah :

  • Bersalin normal : risiko lebih kepada baby. kalau ibu tak larat nanti kena operate gak
  • Bersalin operate : risiko lebih kepada ibu sebab belah perut bagai, tapi baby ok

so.. seperti yg semua maklum.. mestilah operate menjadi pilihan sebabnya :

  1. Baby tak berisiko – iols tak kesah jadi apa pun kat diri ini janji baby ok.. (heh.. siap pesan kat incik suami.. just in case anything happen, besarkan baby dgn baik, jgn dpt anak baru princess iols ni diabaikan :p)
  2. Kalau amik bersalin biasa pun satgi tak larat depa operate gak.. masa tu lagi tak best sebab tak jadi planned labor so lebih tinggi risiko to both baby n me.
  3. BP dok tinggi so merbahaya
  4. Iols nak bersalin pada 6 Nov .. nak bagi sama birthday princess dgn opah

 

habis penerangan Dr tu.. tetiba dia kata.. ” puan masuk wad ye hari ni sebabkita nak observe.. BP tinggi”.. iols pun.. huh? ok nasib baiklah beg baby n beg ummi memang sentiasa dok ready dlm kereta dah sejak 32 weeks lg. So iols pun sms kat bos bgtau tak dapat masuk opis petang ni sebab kena admit (.. dah bgtau kat bos sure Dr hemato bg MC hari ni but dia suh masuk opis jugak.. ha. skali kena admit wad hehe tak payah la masuk opis :p)

pastu masulah dlm wad.. kelas 2 sebab kat hosp ampang kelas 1 hanya utk klinik hemato katanya.. walaupun iols patients hemato gak.. but since yg admit ni O&G maka tak leh la nak masuk kelas 1.. hmm tak kesahlah kan. pastu doklah iols kat dlm wad tu.. petang tu dlm kul 3 Dr buat round.. kali ni Dr lain.. ada 2 Dr pastu salah sorang dari Dr tu kata

Dr : “puan nak operate kan? ok kita schedule hari rabu” then dia kata kat Houseman dia.. OT ada berapa kes? ada 4 ye.. hmm masukkan dia                    first case. inform Anes & hemato skali. – then Dr terus keluar bilik

Iols : (Dalam hati) huh Rabu? eh lusa ke?  – then kwn Dr tu masuk balik bilik cakap dgn patients sebelah iols.. maka iols pun tanya la

: Dr, Rabu tu lusa ke? ke Rabu minggu depan ke?

Dr : yelah lusa.. sebab esok cuti umum so staf tak ramai jadi kita plan hari Rabu senang.

Ya, Allah, agak terkujat lah jugak tapi memang lah ALLAH tu MAHA KUASA segala doa dimakbulkan.. dapat bersalin operation & paling best dapat bersalin pada tarikh birthday bonda tercinta.. makanya My princess akan jadi Birthday Present bonda tahun 2013 🙂

Iols sms incik suami inform kata akan opt Rabu, then sms bonda dan MIL. esoknya tu semua family member turun KL.. hehe sempatlah order McD chicken Mcdeluxe dgn eskrem choc dia.. Thanks adinda Siti Fatimah sebab belanja iols..  makanan hosp tak sedap n takde garan (hehe BP tinggi so makanan kesihatan la kan) tapi iols makan je McD tu.. well nanti kena pantang kan 🙂

 

owh sebenarnya .. ada gak komplikasi bab nak operate ni.. disebabkan platlet iols mcm rendah walaupun Dr hemato kata ok.. maka Dr anes kata nak full body bius sebab tak nak amik risiko pendarahan kalau bius separuh. Katanya kalau bius separuh kena cucuk tulang belakang.. takut salah cucuk nanti berlaku pendarahan bahaya jadi dia nak full body bius.. masalahnya kalau full body bius plak… dgn BP yg tinggi & pregnancy.. takut tak sedar balik lepas bius.. huhuhu dugaan sungguh ngeri mendengarnya.. sian bonda & aunty.. kalut call kak tun suh kak mudah doakan kat raudah supaya semua selamat.. bonda pun dok risau.. iols ni risau gak tapi mcm dah pasrah & redha je nak jadi apa pun.. janji baby selamat gitu..

6 Nov 2013

pepagi lagi dah prepare nak masuk dewan bedah.. tetiba iols jadi second case sebab ada emergency.. oklah tak kesah.. then around 830 ke 845 tah disorong ke dewan.. incik suami ada ikut.. then masa nak masuk dewan mama dengan aunty pun ada sama rupanya.. dah masuk dewan tu iols kena tunggu dulu kt luar.. pastu Dr Anes datang bagitau dia nak bius separuh je sebab dari bacaan dia semalam katanya boleh nak bius separuh bergantung severity patient dan pilihan mana lebih berisiko.. so dia kata utk pregnancy lebih risioko bius penuh jadi baiklah try bius separuh..

Dr O&G kata kalau mcm tu pakar Anes kena ada sepanjang opt tak aci MO je tunggu.. and he agree.. iols pun tak kesah je sebab dah pasrah kan.. ikut je.. just go with the flow. So masa opt.. 3 kali try cucuk akhirnya jadi so sepanjang opt tu iols sedar & dok sembang ngan Anes je la.. tgh bedahkan warmer yg depa pasang tu tercabut ke hapa tah.. punya la sejuk sampai mengeletar bibir semua..

anyway semuanya selamat.. by my dear Princess Lea selamat dilahirkan at 945am 6 November 2013.

My Dear Princess 1 Day old

My Dear Princess
1 Day old

 

SYUKUR SEGALANYA SELAMAT…..

Categories: Family

Maid lari

September 4, 2013 Leave a comment

Pagi tadi tetiba cik siti call… Suspen la kan awat yg call pepagi.. Pastu dia kata ” chaq, nanny ni pi mana?”

Iols : hah? Takde ke kat bwh?
Ct : takde.. Brg2 dia pun xde pastu pintu belakang terbuka skit

Wahhh iols dah suspen.. Bukan pe.. Lari satu hal.. Brg2 rumah satu hal…
Setelah dicheck.. SAH dia dah blah.. Tapi takde brg yg hilang…

Suspek sure pakat ngan ejen dia ni.. Tapi iols sgt bz ini hari so biaq la cik siti handle ye and tak gabra sgt sebab masih dlm waranti and amik pun dgn abg nor kan..

Balik petang/mlm ni.. Memang abg nor pun kata maid n ejen tak dpt di kesan… Bonda la kena nek tren mai nak tgk cucu2 dua org ni..

Dan skali lg aqil lah jadi peneman wan kat kg.. Siannya lah hai anak ummi yg sorang tu…

Categories: Family

Mangkuk ayun..

August 25, 2013 6 comments

Ha. Kalau tgk tajuk posting pun tau, ni sesi nak amuk lagi skali..

Ditujukan kepada sapalah lagi mangkuk ayun dalam family haku kalau tak adik pada Siti.. (tak kuasa nak ngaku adik sendiri ok)

Hidup kalau tak menyusahkan orang memang tak sah.. Tapi mangkuk ayun ni tak pernah rsa dia menyusahkan orang.. Bercakap tak jejak bumi ok.. Dia lah yg paling hebat dan pandai dlm dunia ni, apa org cakap tak nak dengar sebab kononnya dia dah pikir panjang dah.. Dah bajet semua.. Dan family memang tak paham dia n suka pandang rendah dia..

Meh sini aku nak ungkit semua kebodohan dan kebanganggan ko tu mangkuk ayun…

1. Orang bagi ko kerja memang la gaji hari, tapi bukan ada kerja sgt pun so lebih kurang pi goyang kaki je… Tapi ko MENIPU pastu memalukan aku… Sikit pun ko tak pikir tindakan aku ni memalukan n menyusahkan org kan!

2. Orang kata motor tu bawa balik jangan biar… Ko menjwb pandai sgt.. Sudahnya motor kena curi habis tinggal rangka je.. Dlm kepala hotak ko tu tak pikir pun, duit beli motor tu sekupang pun ko tak bg.. Dah tu kot abg ko bleh la jugak guna motor tu..

3. Org kata tak payah beli kereta lagi tak mampunya.. N kalau nak beli pun beli je BLM murah n keta baru.. Tapi ko kan suka mengebat ian mangkuk ayun.. So beli la gen 2 yg dah make up bagai.. Ha.. Pastu tu dok perabih ribu2 kena pebaik.. Monthly payment pun dok sangkut sebab tak mampu… TAPI ko la yang PANDAI sangatkan.. Kononnya dah kira n pikir panjang dan mampu nak tanggung semua.. PASTU ko sibuk meminjam duit family.. Punya la muka TEMBOK, dah kerja pun menyusahkan mak ayah yg dah pencen lagi

3. Pastu kerja dgn tah company apa tah.. Siap tak amik gaji sebab konon tolong bos.. Duit komisen pun tak amik.. Bagi bos simpan.. PERCAYA sgt kat org lain pada keluarga sendiri. Bila org nasihat kata family tak paham… Dah terkena masa nak tunang lg 2 hari baru dapat duit.. Itu pun TAK SEDAR2 lagi… MANUSIA BODOH tera mana ko ni mangkuk ayun oiii… Ko je rasa ko pandai..

4. Nak kawin duit takde, bila org tanya nak amuk… Biadap sungguh dgn mak ayah. Pastu bleh plak sms tak jadi kawin.. Pastu selang 2 hari jadi plak.. APA ko ingat kenduri kawin mcm buat open house! Pastu bila org tanya mana dpt duit jwb dengan biadap… “Nak buat ke tak?”. Ikut hati aku.. Ko pi jelah kawin kat siam pun.. Ada aku peduli!!!

5. Dan yg terbaru yang menyebabkan aku dah malas nak layan ko adalah bila pinjam kereta JANJI nak pulangkan ahad.. Tapi tetiba tangguh plak… Yang aku angin ialah sebab ko lansung tak call bgtau kata nak tangguh.. Aku plak yg call tanya mana tak sampai2 lg… BODOH tak bettanggungjwb.. Tak reti2 nak call bila menyusahkan org.. Nak kata mak bapak tak ajar.. Takde maknanya sebab adik beradik lain reti bahasa je.. Ko tu je yang BANGANG mangkuk ayun. Ni dgn pas kerja aku dlm kereta, kereta takde sticker… Eiiiiii menyusahkan betul.

Banyak lagi benda BANGANG yg ko buat tapi kalau ungkit semua.. Haruslah mencecah ratusan nombornya.. Dan tak kuasa aku nak buang masa berharga aku dan level stress aku untuk mabgkuk ayun mcm ko kan!!!

Dah la… Aku dah GIVE UP dgn ko.. Dengan rasminya.. Aku tak jadi nak buat kenduri kesyukuran sebelum bersalin. Lepas bersalin je nanti aqiqah n kesyukuran skali. So setakat sponsor cenderamata je ye… Itu sebab aku dah JANJI dan aku tak pernah diajar oleh mak bapak aku untuk mungkir janji.

Ok dah puas hati… Erkk pada yg nak sampaikan kat mak bonda.. Silalah.. Iols dah tak leh tolerate mangkuk ayun ni.. Dan .. Ya 5/10, iols tak balik.. Buat apa menyusahkan diri untuk mangkuk ayun yang tak pikir org tu.

Categories: Family

Chemical air cond

August 17, 2013 Leave a comment

Hari ni pi beraya rumah kak adik.. Siap request nak lunch hahaha.. Kak adik nyer masakan memang the best walaupun kengkadang tu just ikan goreng, gulai n sayur je pun.

Tapi tadi ada ayam masak kicap, gulai pisang, masak lemak udang buh belimbing buluh, sambal tumis ikan bilis petai, dan kerabu kacang botoi… Wahhhhh sangat lasat.. Makan tambah 2 kali.. Sampai sengkak perut… Hehe

Pastu pi rumah aunty coz timah tak beraya dgn aunty lg… Yg menjadi tajuk entri kali ni ialah… Otw ke rumah aunty tu.. Dpt mesej ngah ke incik suami ” pls call me, urgent” wahh cakap omputih adik ku skrg…

Bila iols call, dia boleh kata.. ” tolong check jap nama chemical yg org buat cuci condenser air cond” huh? Iols pelik la nak wat pe kot nak beli habaq jelah nak pencuci condenserkan..

Then dia cakap lg.. “yon ada kat spital ni”. Oklah iols ingatkan dia dpt kontrak cuci aircond spital kampar ke..

Lepas tu dia sambung ” kamu tak tahu ke?”
ah sudah.. Lain mcm je bunyi.. Iols pun tanya la.. Nape.. Dia jawap
“Man tertelan chemical tu, Dr nak tahu nama chemical tu, cari jap kat internet yon takde internet ni”

WHAT???!!!! Blank jap lepas dengar.. Dah la iols dok dlm kereta so cari dgn phone memang la lembab nak dibanding dgn kat rumah yg berunifi tu kan.. Iols tanyalah ” mcm mana bleh terminum plak? Teruk ke? Byk ke?”

Bleh jawapan dia” depa main kat depan, botol tu memang ada kat situ, pastu tetiba Man lari masuk bilik air buka baju pastu dok basuh mulut dgn air n kata sakit.. Tgk mulut dah hitam”

Iols tanya lagi ” yang letak racun mcm tu merta2 tu kenapa?” pastu line pun tak ok n iols pun rasa darah dah naik upstairs dah.. Maka letak dulu phone utk mencari maklumat yg diperlukan…

Memang tak membantulah sebab search pun org tak bg nama sainstifik benda tu.. Yg byk nama brand.. But ada gaklah yg kata its asidic.. So berasid lah kiranya.. Pastu iols suh incik suami call ngah bgtau setakat yg kitaorg jumpa its asid but ngah kata alkali la plak, iols tak nak call sebab SANGAT marah dan tak naklah ter membebel sebab brp kali pesan benda2 bahaya jgn letak merata, kat rumah tu budak2 ramai.. Nama pun bebudak depa main je.. Oleh kerana dia technician aircond so ikut dia lahkan..

Dah kul 5 lebih iols call balik… Tanya keadaan Man.. Hmm melecur mulut je sebab actually dia tak telan pun chemical tu.. Terpercik masuk mulut jelah kot…Alhamdulillah syukur padaMU ya ALLAH… KAU pelihara keluargaku dari musibah..

Pengajaran lah lepas ni.. Jangan le letak barang2 bahaya kat tempat yg budak2 boleh capai.. Budak2 tak sala.. Dah nama depa budak.. Surelah nak main.. Dan kitapun bukan bleh nak melangut 24jam tgk depa.. So benda2 yg boleh mendatangkan bahaya kat depa mcm racun, benda tajam, ubat, kaca dll tu.. Janganlah letak within reach.. Bukan takde stor or almari yg berkunci or even laci yg boleh disimpan benda2 mcm tu..

Jangan sebab kelalaian kita yg sekejap.. Kita nyesal seumur hidup… Peringatan untuk diri sendiri dan semua yg terlibat..

Categories: Family

Sinar Pagi : Perjalanan paling jauh & paling lama yg pernah anda tempuh

November 6, 2012 Leave a comment

Ni topik sinar on 29 oktober 2012. Masa org dok share cerita diorang.. iols teringat perjalanan keluarga iols yang tak dapat dilupakan dan menjadi sebutan semua setiap kali kami menuju ke selatan tanah air :). Kisahnya..

Tak berapa nak ingat tahun berapa tapi rasanya in 1997 sebab iols masa tu tgh matriks kat USM. Kakak sepupu iols akan melanjutkan pelajaran ke UTM (buat master ke PhD tah.. rasanya PhD). Wiols ni memang lah dua keluarga yg sangat rapat (bonda kitaorg adik beradik) so pakat ramai ramai nak pi menghantar ke Johor sinun. Ala mcm zaman dolu2 nak masuk unibersiti sekampung hantar.. wakaka..

NOOO akceli idak le mcm tu, saja je nak cari alasan berjalan ke selatan tanahair sebab kitaorg tak penah pi sana lagi.. jadi bertolak lah satu pajero &  satu wira dari Kedah, then satu nissan dari perak (ni keta ayahanda iols la). sampai KL singgah umah aunty iols kat ampang tidoq satu malam… pastu kena paksa ngan aunty iols singgah melaka sebab dah otw.. dah kata sesi jln2 keluarga kan (opps aunty iols ni kakak sulung, bonda sepupu iols ni kakak kedua & bonda iols adik bongsu) so ke melaka tambah satu BMW. Tidoq la sehari kat melaka.. apartment apatah then isoknya bertolaklah 3 kereta asal ni ke johor, petang jugak keluar dari melaka sebab sesi jln2 di melaka lagi.. 🙂

Antara 3 keta tu, wira je keta baru kepunyaan sepupu iols tu, hat len keta lama & nissan ayah iols tu baru amik dr bengkel cat satu body baru. Otw tu, tetiba keta nissan mati enjin.. tgh jln elok2 ni tetiba bermasalah, so berenti tepi tipon la plusline (guna tipon tepi jln tu), masa berenti tu, keta pajero n wira nampak n janji nak juma kat hentian terdekat. Plusline pun datang tarik keta nissan pi hentian pagoh kalau tak salahnya. pastu sementara org plus ti cuba baiki keta nissan.. kitaorg ni lepak la kat hentian pagoh.. pastu tunggu punya tunggu dok heran.. nape keta pajero n wira takde kat pagoh ni? siap kecik2 hati kononnya depa tinggai kitaorg ni sebab lambat. maklumla.. zaman tu kitaorg mana ada handphone lagi tak mampu lagi masa tu.

tetiba dah dekat 20 minit.. nampak satu lagi keta plusronda masuk hentian pagoh sedang menarik pajero pak cik iols.. wakaka.. rupanya bukan depa tinggai tapi keta depa pun rosak. pastu pak cik plus tu tolong baiki.. boleh la jugak kedua2 keta jln.. tapi itu pun dok lawan tarik.. dan last sekali sampailah ke Yong Peng. gelap dah masa ni.. so kitaorg decide jomlah kita keluar dari lebuhraya ni pastu hantar kereta baiki kat bengkel.. sebab nanti nak balik payah plak..

Bagus pak cik Plus tu.. siap tolong panggil org bengkel dari Yong peng and deal harga murah je dapat.. pastu kitaorg cari motel kat yong peng. dapatlah satu motel cina ni.. nasib baik bilik dia baru beli perabot so oklah conditionnya.. bayangkan.. 3 biji kereta yang penuh dgn org dewasa & remaja ni.. sumbat dlm 2 bilik (jimat kos kan iols ni bukan org senang pun).. haha.. tidur lah bersimpit2 tu.. esok pagi tu keluar motel tgk depan motel yg satu lagi yg kitaorg tak jadi tidur ada sebiji lori bawak khinzir penuh selori.. haha nasib bek tak paking belakng lori tu semalam.. anyway both car dapat dibaiki… pajero tukar bateri, nissan plak sebab ada satu benda yg longgar (apatah iols tak tau). maka kami pun meneruskan perjalanan ke UTM. sampai tghari kat sana terus hantar sepupu iols ni ke rumah pak cik dia (side father) then kitaorg terus bertolak balik ke utara lepas lunch. sebab isnin semua org dah start keja. Niat yang kononnya nak berjalan2 di Johor tu terus terbatal sebab takde masa dah.

bayangkan.. perjalanan dari Melaka ke Johor (Skudai je pun) amik masa lebih 24 jam.. sangatlah lamanya.. anyway its doesn’t stop there. Iols plak ada lab kimia on monday (kat penang ok) so kena rush back to penang sebab kelas ponteng takpe.. tapi lab takleh ponteng. sampai perak dah kul 1-2 pagi masa tu. nak terus ke kedah dah tak larat. pak cik iols kata, kita tidur kampar dulu then esok pagi, lepas subuh kita bertolak balik utara. pagi tu kul 5 pagi kitaorg dah gerak from perak. Iols bawak keta sendiri, pak cik iols bawa keta len, kitaorg berpecah kat bandar baru sebab depa dah sampai destinasi, iols kena balik penang. mengejar lab kul 10 pagi, nak balik bilik amik lab coat lg.. nasib baiklah sempat sampai kampus dlm kul 9 pastu singgah bilik amik brg2 then terus ke lab.

tapi memang lawaklah perjalanan tu.. sampai sekarang.. bonda iols cukup trauma dengar nama yong peng.. asal lepas melaka je dia dah debar2 pastu bila lalu yong peng mesti dia nak tergelak sebab ingat pengalaman kitaorg masa tu. Apa pun.. itulah antara perjalanan yang paling lama & memberi memori yang menarik utk iols & family. 🙂

Categories: Family, I,Myself n Me Tags:

Penghulu Wan Mohd Desa (PWMD)

November 5, 2012 Leave a comment

Assalamualaikum .. kepada saudara mara dari keturunan Datuk Penghulu Wan Mohd Desa sekalian.

Ramai yang memberi komen dan update talian persaudaraan keturunan kita ni. Terima kasih. saya bukanlah AJK utama bagi perjumpaan keluarga ni tapi saya ditugaskan untuk update “family tree” kita. Tugas tu dah selesai tapi maaf sebab saya tak upload pun “pokok” tu untuk disemak. Saya akan cuba create dropbox utk saudara mara sekalian download and check nanti. (erkk nanti tu tak janji bila sebab asyik tak berkesempatan aje 🙂 )

Kita ada group facebook utk kita berkongsi update masing2.. minta sauadar mara sekalian join ye group ni.

http://www.facebook.com/groups/302112984694/

silalah join ye. admin bagi group ni ialah sepupu saya En Mursyid Mustafa. kalau takleh nak add group ni bleh contact FB dia jugak kot, search je

Mursyid Mustafa info dia “Worked at Maktab Rendah Sains MARAStudied at al al-bayt universityLives in Penang, MalaysiaFrom Alor Setar”

pastu add friend.. bagitau la kat mesej tu yg anda adalah waris keturunan PWMD.

Berkenaan perjumpaan kedua pulak. Sejujurnya.. takde bajet nak buat .. yang hari tu kita bernasib baik sebab salah sorang saudara kita sponsor sekoq lembu buat kenduri,. pastu ada beberapa yang lain sponsor wang untuk kenduri, sewaan dll. Nak arrange lagi skali tu.. boleh cuma takde yang nak championnya. Bagus gak kalau ada dikalangan golongan muda mcm saya ni (ewah perasan muda sat) yang nak uruskan.

Anyway.. marilah terus berhubung dan semoga tali persaudaraan kita ini kekal selamanya. Amin.

Categories: Family

Saya keciwa.. sakit hati gak kot

February 23, 2012 3 comments

lama sangat dah tak hapdate kat sini.. tetiba tajuk post keciwa la plak..
Ni kisah benar pasal manusia dan expectation yg tak masuk akal..

sebenaqnya iols agak keciwa + sakit hati skit + speechless dgn perangai org keliling.. utk kali ni my own sedara mara.

kisahnya.. adalah sedara mara iols ni yg dapat interview keja kerajaan.. then call lah iols bgtau kalau boleh tolong la bagi dapat.. then iols bagitau la.. iols boleh tolong takat bgtau at kengkwan yg ada la.. ada rezeki dapat lah dia.. then iols bagitau la few tips menjawab soalan kan..

then after few months budak tu tak dapat pun keja tu…. yg iols keciwa + sakit hati skit adalah bila their family mcm kuar statement ada sedara pun tak nak tolong..

HELLLOOOOO iols ni KPPA kah yang boleh bagi keja kat sedara mara sesuka hati iols?? setakat keja gred bawahan mcm iols ni manalah iols ada kuasa nak memastikan sedara iols tu dapat kerja tu..

sedangkan adik iols sendirik dah 3 kali interbiu tahap akhir pun masih tak dapat kerja.. soo boleh tak guna OTAK yang ALLAH SWT dah bagi tu and pikir skit.

selama ni tak penah lagi lah iols ni menyombong tak ngaku sedara or tak nak tolong ke hapa ke.. tapi kalau benda dah memang diluar bidang kuasa iols.. mcm mana la aku nak tolong wahai sedara mara ooiii..

oklah.. kepada sedara mara ku sekalian yg baca entri ni.. JANGAN SENTAP ye.. insyallah iols tetap akan membantu kalau ada yg minta tolong tapi.. tolonglah pakai akal fikiran yg diberikanNYA, kalau ada rezeki maka dapatlah sesuatu itu dan kalau takde rezeki maka tak dapat lah…

Janganlah ko jaja cerita kononnya harapkan ada sedara keja kerajaan tapi tak nak menolong pun.. kecuali kalau iols dah jadi KPPA nanti.. ha memang in my power then boleh la kutuk pun.. dan ingatlah iols ni pegawai kerajaan.. reta tu reta kerajaan.. kalau reta mak bapak boleh la buat sesuka hati.. ni kang tak pasal2 org tuduh salah guna kuasa..

ok sekian!

Categories: Family, Work