Home > I,Myself n Me > Confuse..

Confuse..

Huish.. dah bersawang rupanya blog ku ini. Hmm banyak sungguh benda yang berlaku sejak balik dari Sabah itu hari.

  • Balik kampung mertua kat KB sambil menyelam minum air coz selasa kena bagi talk di KB jugak.. so ala – ala balik free la sebab kerajaan tanggung kan..
  • Pi BTN sesi kedua.. eh tu sebelum Sabah ke selepas tah.. hmm biar la..
  • Pergi bercuti ke Penang pulak.. ni pun support by goverment.. haha tapi kali ni hubby yang kena pi buat penilaian bajet. Banyak sungguh perubahan di Pulau tu USM pun dah tak sama macam dulu.. banyak bangunan baru.

Yang tak best nya Tasik Aman tempat aku selalu lepak masa matrik (dalam erti kata lain tempat dating la.. hahaha) dah sangat lah kotor dan tak terjaganya.. hmm anyway sempat la posing amik gambar depan Desa terchenta.. Blok H11 Bakti.. Nostalgia betui..

After that.. I start my QA course. Hmm dan di sini lah datangnya confusion ni..

Mula mula sekali confuse dengan benda yang dibelajar dalam kursus ni.. ia sangat membantu.. tapi dah diri ini yang agak lembab matematik (hmm lembab ke… sangat lembab kot..) maka orang lain cepat je paham.. aku la yang dok terkebil kebil…

Anyway terdapat bigger confusion.. niat asal nak study kat UPM tetiba permohonan di reject.. nasib baik mintak ngan UKM gak. Alhamdullilah dapat offer ke UKM. Then disebabkan niat asal nak ke UPM so minta tolongan ngan bos tanya kenapa UPM reject.. boleh tak nak merayu masuk jugak.. After talking to the lecturer dia kata boleh offerkan tempat di UPM if I want it.

Kat sini dilema pertama wujud.. so untuk buat pilihan yang tepat.. maka Allah swt tempat mengadu.. dan petunjuk yang diberikan.. aku decide ke UKM.

Dilema kedua pulak.. disebabkan selama ni aim for UPM.. aku tak kenal lansung lecturer UKM.. so sapa la yang aku nak amik jadi supervisor ni nanti.. Sekarang ni masih QA sampai 1st week June. 30 June dah kena daftar masuk… adoi la..

Maka kawan kawan.. sesiapa yang ada info on which lecturer is the best untuk di ambil jadi supervisor (best dari segi helpful, tak terlalu busy sampai takde masa nak bantu diri ini buat paper) tolong la rekemen kat saya. Oh ye.. dalam bidang ekonomi sahaja ye.

Ok doakan saya berjaya menghabiskan QA n my study nanti. Oh ya.. doakan jugak my bos tak suruh tangguh pengajian ke bulan November nanti. Amin…

Categories: I,Myself n Me
  1. May 20, 2009 at 11:34 pm

    ijan kata ukm azab hehehehheee. kalau ambik tesis x tau le kan. akak kat upm, so far so good. lecturer nya best. suzy (kklw) buat ekonomi kat upm. dia kata. tp dia ambik coursework. even coursework pun ada minor tesis, benci betul. i think lecturer ukm lbh kpd theoritical side. akak tgk lecturer upm lbh kpd practicality. tp up to u ok. apa2 pun klu sambung belajar, sure xde masa nak hurei2 dah. good luck

  2. ul
    May 21, 2009 at 4:35 pm

    envy strong-will ppl! apsal aku tak de niat langsung nak sambung menyambung (padahal malas).
    Nway, u did came into my teritory eh? tak hello pun, boleh blanja char kuew tiaw!

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment